《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Kisah Kematian Yasmin Hunwick Penuh Tragis

loading...

Ini adalah kisah kematian Yasmin Hunwick seorang insan biasa pada awal bulan jun lalu. Bagi ramai yang tidak mengenali adik Yasmin Hunwick, beliau adalah seorang blogger yang baru berumur 17 tahun dan tidak dikenali pada mulanya. Mengapa Arwah Yasmin dikenali ramai adalah kisah disebalik kematian tragis beliau yang penuh dengan menyayat hati.

Sebelum meninggal, Arwah Yasmin asyik didatangi dengan pelbagai mimpi ngeri tentang kematian dan menulis status tersebut di twitter. Kat bawah ni adalah status yang sering ditulis oleh arwah. Namun malang tidak berbau apabila arwah telah menemui ajal setelah mendapat segala petanda kematian berkenaan.

Antara Status Terakhir Yasmin Hunwick



Petikan Akhbar Kematian Yasmin Hunwick

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.

Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan.



loading...