《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

APA NAK JADI?? Dr. Maza - Apa Kejadah Berzikir Sambil Goyang Bontot,Haram Berzikir Sambil Menari

loading...

#$Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sudah memutuskan bahawa perbuatan menari untuk berzikir dilarang mengikut syarak. Mufti Kerajaan Negeri, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat ke-29/2015 jawatankuasa tersebut pada 24 dan 25 Ogos lepas.

Apa Kejadah berzikir goyang bontot, Haram berzikir sambil menari - Dr. Maza

Apa Kejadah berzikir goyang bontot, Haram berzikir sambil menari - Dr. Maza

Beliau berkata perbuatan menari bagi tujuan berzikir adalah bercanggah dengan nas-nas syarak dan tujuan pensyariatan zikir itu sendiri.


Mohd Asri memberitahu pemberita selepas merasmikan seminar Maqasid Syariah peringkat kebangsaan di Dewan Warisan di sini, hari ini.


“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.


“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah,” tambahnya.

Mohd Asri berkata riwayat tersebut pula tidak sahih dan pendalilan dibuat di luar konteks.


Beliau bagaimanapun berkata zikir dalam segala keadaan yang diizinkan oleh syarak seperti semasa bekerja, memandu, bersukan dan seumpamanya dibolehkan dan

terpuji.


“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” katanya.



Mohd Asri berkata tamayul atau gerakan yang berlaku secara spontan tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca al-Quran dan lain-lain juga tidak dilarang.


Beliau berkata walaupun menari untuk berzikir tidak dikesan berlaku di Perlis, pihak berkuasa tidak boleh alpa membuat pemantauan berterusan untuk mencegahnya sebelum dapat bertapak di negeri ini. – BERNAMA
loading...