《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

#Bersabarlah : (30 Gambar) Sekitar Pengebumian 4 Kanak-Kanak Orang Asli SK Tohoi Yang Terkorban

loading...
#$Pada 23 Ogos lalu, negara digemparkan dengan berita kehilangan 7 orang kanak-kanak orang asli di mana mereka dikatakan bersembunyi kerena tidak berani pulang ke sekolah selepas mandi di sungai berdekatan kerana takut dimarahi guru.

Namun, kesemua mereka dilaporkan hilang dan pihak berkuasa telah melancarkan operasi pencarian besar-besaran dan akhirnya selepas 50 hari mereka berjaya menjumpai rangka mayat Juvina David, 7, yang membawa kepada penemuan 5 orang kanak-kanak lain di mana 4 orang terkorban dan dua orang selamat manakala seorang masih belum dijumpai iaitu Sasa Sobrie, 8 tahun .

Semalam, empat jasad yang ditemui di Sungai Perias di sini selamat dikebumikan dalam sebuah kubur di Kampung Penad berhampiran Pos Tohoi.

Empat jasad itu berupa dua mayat dan dua rangka milik Ika Ayel, 7, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7.

Pihak keluarga telah menuntut mayat anak masing-masing di Bilik Mayat Hospital Gua Musang (HGM) pukul 10 pagi dan bertolak ke Kampung Penad kira-kira 100 kilometer dari Bandar Gua Musang dengan menggunakan empat kenderaan pacuan empat roda melalui jalan pembalakan.



Kenderaan yang membawa empat mayat itu turut diiringi 20 kenderaan lain yang memuatkan anggota keluarga mangsa. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Nisra Nisran Ramlan.

Keempat-empat mangsa dikebumikan secara serentak mengikut adat Orang Asli suku Temiar di Kampung Penad pada pukul 2 petang.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis pengebumian.

**Dilarang menurunkan komen bersentimen agama, hormati adat dan kepercayaan mereka.






























 - Siakapkeli.my
loading...