《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Lagi Kisah Benar Dari Seorang Pengguna Celcom Yang Menjadi Mangsa Caj Melampau Dari Celcom Kini Terbongkar Dan Viral Di Laman Sosial...

loading...

$%Susulan perkongsian kes Celcom menganiaya seorang pelanggan sehingga RM18,000 atas alasan dia menggunakan data roaming, tampil ramai individu yang pernah menjadi mangsa penganiayaan syarikat telko terbabit meluahkan perkara yang sama.

"Saya pun kena, saya ke Vietnam dari 4 hingga 8 November 2014. Saya tutup segala roaming, celular data bagai dan cuma menggunakan wifi hotel atau tempat conference saya. Kalau WIFI slow, saya on sekejap roaming cukup untuk memberitahu keluarga yang saya baik-baik saja di Vietnam. Kemudian saya menutup balik kesemuanya.

Balik ke Malaysia, telefon saya disekat. Lalu saya bayar penuh RM450 had limit biarpun selama hampir 10 tahun telah menggunakan nombor yang sama, bil saya tidak pernah lebih dari RM170 sebulan. Tetapi masih juga disekat, rupa-rupanya bil saya RM2,800 dan sudah menjadi RM2,350 selepas bayaran RM450 tadi.

Saya menghubungi Celcom dan bercakap dengan baik, jadi mereka buka line untuk saya sekejap sebab saya ketika itu on call dan perlu menghubungi hospital jika ada panggilan kecemasan yang saya perlu reply.

Bila saya check balik semula dalam 2 3 hari, baik balik RM2,800! Masa ini angin saya memang dah naik. Sudahlah selalu kena call untuk dibuka line, kena explain dari A - Z lagi sebab lain-lain operator yang angkat. Last-last memang saya naik hantu! Memang saya maki segala-galanya pada operator itu sampai dia bagi pada manager dia. Manager dia pandai handle saya, cumanya dia juga tidak dapat berbuat apa-apa sebab bil lambat dihantar dari telco provider sana. Katanya, saya menggunakan line yang bukan bekerjasama dengan Celcom.

Mana saya tahu sebab itu semua auto connect! Tambahan pula saya tak beritahu Celcom sebab saya tak plan nak guna pun. Sebelum ini saya berjalan di Europe, US, bil paling tinggi pun RM300 saja.

Last-last saya tak sanggup nak bergaduh, saya bayar saja RM450 itu sampai bil saya selesai. Itu pun nombor saya hampir dibatalkan sebab tiga bulan tidak aktif. Nasib baik manger itu tolong aktifkan sementara supaya sistem nampak nombor saya masih aktif. Selepas itu dibar semula untuk dibayar sekali lagi. Pengajaran yang amat pahit.

Seminggu kemudian selepas balik dari Vietnam, saya ke New Zealand dan Australia. Kali ini saya berhato-hati, saya langsung tidak mengaktifkan celular data dan matikan roaming iPhone saya. Saya cuma menggunakan iPhone untuk merakam gambar. Guna WIFI melalui iPad saja dan saya beli telefon lain untuk sumbat Maxis Prepaid, untuk persediaan jika saya perlu membuat sebarang panggilan.

Yang paling best, saya menggunakan Maxis Prepaid yang dalamnya hanya ada RM100. Tetapi bila saya dan kawan saya call ibu kami menggunakan phone itu, sesen pun Maxis tak tolak. Saya memang nak tukar Celcom ini, saya bengang sebab dia tidak menyekat nombor saya apabila sudah mencapai had maksimum pengguna. Alasan mereka, pihak telko Vietnam belum menghantar bil itu pada Celcom dan mereka tidak dapat nak sekat sebab tidak tahu.

Bullshit! Cakap sajalah nak makan duit orang. Menurut manager itu, ada pelanggan yang pergi ke Europe, tak matikan roaming dan celular data. Bila bil sampai, RM1,000,000.00! What the F? Sorrylah, saya memang bengang. sebab saya pergi Vietnam cuma bawa duit RM800. Itu pun tak habis sebab saya tak shopping dan cuma pergi conference. Takkan bil saya sampai RM3,000 sedangkan tidak digunakan? Apa kejadahnya itu? Celcom, you sucks! - Nour



sumber asal
loading...