loading...
$%Di sebalik populariti artis Korea, ternyata ramai di antara mereka mempunyai masalah jiwa yang tidak dapat diselesaikan sehingga mereka nekad membunuh diri ketika berada di puncak kemahsyuran.Populariti dan pendapatan yang tinggi nampaknya bukan pengukur kebahagiaan bagi artis-artis ini.
Mereka tidak mempunyai tempat untuk mengadu yang menyebabkan mereka mengalami kemurungan dan mengakhiri hidup dengan cara membunuh diri.
Berikut adalah 8 Artis Korea Yang Mati Membunuh Diri.
Han Chae Won
Han Chae Won membunuh diri di rumahnya pada 25 Ogos 2011. Sebelum membunuh diri, Chae Won telah membuat catatan dalam laman peribadinya.
"Saya benar-benar tak tahu mengapa. Saya hanya ingin menghentikan penderitaan dan berhenti menangis. Dan ini boleh diselesaikan jika saya meraih kejayaan, tapi ....." tulis Chae Won.
U Nee
Pada Januari 2007, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kehilangan artis kebanggaan mereka. U Nee yang selama ini dikenali sebagai penyanyi dan pelakon ditemui menggantung diri di rumahnya di Seo-Gu, Korea Selatan.
Ibunya mengesahkan U Nee mengalami kemurungan. Dia juga sangat menderita dengan populariti yang diraihnya serta masalah peribadi lain yang menimpa kehidupan artis tersebut.
Song Ji Seon
Song Ji Seon membunuh diri dengan cara yang ekstrem. Pengacara cantik ini mati setelah terjun dari apartment tingkat 19 di Seochodong pada 23 Mei 2011.
Banyak spekulasi mengatakan keputusan Song Ji Seon untuk membunuh diri kerana skandal cintanya dengan atlet baseball, Im Tae-Hoon.
Song Ji Seon pernah mendedahkan kisah cintanya dengan atlet tersebut tetapi atlet itu menafikan pengakuan wanita cantik ini. Im Tae-Hoon menafikan pernah mempunyai hubungan dengan pengacara tersebut.
Dia merasa sakit hati dengan penafian Im Tae-Hoon. Ketika mencurahkan isi hatinya, "Jika tak boleh mengambil saya, sekurang-kurangnya memberi aku kekuatan. Hati saya sangat sakit," tulis Song Ji Seon pada sepucuk surat pada 7 Mei 2011.
Jung Da Bin
Pelakon dan penyanyi Jung Da Bin, juga mengakhiri hidupnya dengan tragis. Dia ditemui menggantung dirinya di pangsapuri kekasihnya di Seoul. Peristiwa itu berlaku pada 10 Februari 2007.
Namun, tidak ada catatan yang ditinggalkan artis tersebut. Tetapi, menurut catatan di blog peribadinya yang ditulis sebelum dia meninggal dunia, Jum Da Bin mengatakan dirinya sedang dilanda kemurungan. Dan inilah catatan terakhir Jun Da Bin.
"Semuanya sangat lengkap. Saya marah tanpa alasan, dan merasakan saya akan menjadi gila. Ini sangat menyakitkan. Saya merasa sakit. Kepala saya sangat sakit dan membuat saya menangis. Saya seperti kanak-kanak. Saya merasa seperti kehilangan diri saya, kehilangan identiti.
Dan di saat yang sama saya mendapatkan nasihat. Saya merasa tenang. Tuhan sangat mencintai saya. Tuhan telah membuat saya menjadi penting dan memberikan saya keberanian. Dia mengangkat saya dan berkata saya akan baik-baik saja. Dan saya baik-baik saja."
Choi Jin Sil
Artis popular Korea ini ditemui mati membunuh diri dengan cara menggantung dirinya di bilik mandi di rumahnya di Seoul.
Sebelum meninggal, Choi Jin Sil sempat menulis mesej. Dia meminta agar ada yang menjaga anak-anaknya walau apa pun yang terjadi.
Alasannya sama dengan artis Korea lain yang membunuh diri, kemurungan! Choi Jin Sil mengalami kemurungan sejak 2004 selepas bercerai.
Menurut salah sahabtnya, Choi Jin Sil sangat tertekan dengan perceraian. Dia juga mengalami masalah hutang.
Lee Eun Joo
Pelakon dan penyanyi Korea ini ditemui membunuh diri di apartmennya di Bundang, Korea Selatan pada 22 Februari 2005.
Yang menyedihkan lagi, artis yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 24 tahun ini melakukan membunuh diri selepas beberapa hari lulus dari Universiti Dankook.
Dia meninggal dengan cara memotong urat tangannya dan menggantung diri. Artis itu juga mengalami imsomnia gara-gara melakukan adegan bogel di 'The Scarlet Letter'.
Sebelum membunuh diri, Lee Eun Joo sempat menulis pesanan untuk ibunya. Dia menulis mesej itu dengan darahnya sendiri.
"Mama, saya minta maaf dan saya mencintai kamu. Saya ingin melakukan banyak perkara. Meskipun saya hidup, tetapi saya tidak merasa hidup. Saya tak mahu mengecewakan mama lagi" pesan Lee Eun Joo.
Jang Ja Yeon
Kematian Jang Ja Yeon sangat menarik perhatian rakyat Korea Selatan. Maklum saja, artis cantik ini adalah pendatang baru dalam dunia seni hiburan. Dia ditemui mati membunuh diri di rumahnya.
Jang Ja Yeon menulis, sebelum dia mengambil keputusan menamatkan hidupnya, bahawa dia dieksploitasi dan juga didera secara seksual semasa berkarier dalam dunia hiburan.
Dalam tujuh catatan yang dibuat oleh artis yang berlakon di siri 'Boys Before Flowers' ini, dia menceritakan betapa kejamnya dunia hiburan di Korea.
Dia mendakwa dipaksa menjadi hamba seks untuk orang-orang kaya demi kariernya sebagai artis.
Woo Seung Yoon
Berita kematian artis Woo Seung Yoon sangat mengejutkan. Woo Seung Yoon mati membunuh diri di saat fenomena bunuh diri sedang dibicarakan di Korea.
Artis ini menghembuskan nafas terakhirnya pada usia muda 24 tahun.
Dia ditemui pada waktu pagi di rumahnya dalam keadaan yang mengerikan. Dia menggantung diri dirumahnya pada 27 April 2009.
Punca bunuh diri artis cantik ini kerana mengalami kemurungan yang berpanjangan.
Salah seorang ahli keluarga mengatakan bahawa Woo Seung Yoon baru saja selesai menjalani rawatan kerana kemurungan.
Namun, dia tak sanggup menghadapi kesedihan dan membuat keputusan untuk membunuh diri. - sumber
loading...