《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

10 Ilusi Optik Yang Buat Korang Lihat Berkali-kali

loading...
Kami rasa ramai di sini yang sudah tahu apakah itu ilusi optik sebenarnya. Maka tidak perlulah kami menerangkan maksud ilusi optik ini dengan lebih terperinci.
Pada sekali imbas, 11 gambar ini kelihatan seperti gambar yang biasa, namun sekiranya anda melihatnya pada kali kedua, barulah anda perasan yang gambar-gambar ini sebenarnya merupakan ilusi optik yang telah berjaya memperdayakan otak anda.

1. Bar coklat tanpa henti

Bar coklat bersaiz 5×5 yang dipotong pada bahagian tertentu dapat menghasil sekeping coklat ekstra

2. Ilusi papan kayu

Sekali imbas, kedua-dua keping papan kayu ini nampak seperti biasa kan? Cuba lihat sekali lagi

3. Dua biji cawan dan sebuah lukisan kiub

Dua biji cawan yang sama saiz ini kelihatan berlainan saiz sekiranya salah satu cawan itu diletakkan di atas sebiji kiub yang dilukis di atas meja
4. Dinding kafe
Sekali imbas, garisan-garisan ini tegak ini kelihatan bengkok dan tidak rata

5. Si gadis negatif

Perhatikan titik merah pada hidung gadis ini selama 30 saat dan kemudiannya alihkan pandangan anda pada tempat lain

6. Menara Condong

Sekali imbas, gambar menara di sebelah kanan dilihat lebih condong berbanding dengan sebelah kiri. Hakikatnya, kedua-dua keping gambar ini merupakan gambar yang serupa, namun ilusi optik yang terhasil apabila kedua-dua gambar ini disusun sebelah menyebelah menyebabkan gambar di sebelah kanan kelihatan sedikit berlainan.

7. Titik hijau halimunan

Haa. Ranggi kan nama ilusi ini? Sebenarnya ilusi ini melibatkan titik yang berwarna merah jambu ini kelihatan bertukar warna hijau sekira anda memandang tepat pada titik di bahagian tengah gambar ini.

8. Ilusi hitam dan putih

Lihat tepat pada empat titik di tengah gambar ini dan kemudiannya alihkan pandangan anda pada lantai atau pun siling. Apakah yang anda lihat?

9. Pasangan bercinta

Kanak-kanak akan melihat imej ikan lumba-lumba manakala orang dewasa akan melihat imej pasangan yang sedang berpelukan.

10. Kapal atau….?

Sekali imbas, imej ini kelihatan seperti deretan kapal laut yang sedang berlayar, namun sekiranya diperhatikan, anda akan melihat imej arca terhasil daripada gambar ini.
loading...