《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

7 Jenama Antarabangsa Ini Rupanya Buatan Malaysia..??

loading...
Jika selama ini korang terlalu mementingkan jenama dan barangan dari luar negara, mungkin korang perlu berfikir sekali lagi selepas melihat jenama-jenama terkemuka ini sebenarnya berasal daripada Malaysia dan bukannya dari luar negara seperti apa yang korang harapkan.

1. BONIA


Jenama barangan kulit ini merupakan satu jenama barangan kulit yang eksklusif di Malaysia. Mungkin kerana namanya yang berbunyi seakan-akan Roman, ramai yang menyangka ianya berasal dari Itali.
Namun hakikatnya ianya berasal daripada Malaysia dan diinsipirasikan daripada hasil rekaan Itali.

2. San Francisco Coffee


Bermula pada tahun 1997. Rangkain kafe ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah pengurusan Datuk Abdul Rahim Zin.

3. The Manhattan Fish Market


Nama rangkaian restoran ini  tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Restoran yang popular ini sebenarnya bukanlah berasal dari Manhattan, New York ye. Sebaliknya ianya diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh yang merupakan dua orang rakyat Malaysia.

4. Fipper


Ini merupakan selipar yang menjadi pilihan zaman ini kerana keselesaan dan reka bentuknya yang simple tapi cantik. Ramai menyangka ianya berasal dari California, Amerika seperti jenama-jenama popular Roxy, Havaianas atau Ipanema. Namun sebaliknya syarikat Fipper ini adalah milik orang Malaysia. Pengasasnya, Jack Lim mula mencipta jenama ini pada tahun 2008 dan ianya diperbuat daripada getah Thailand serta mempunyai logo gajah.

5. OGAWA


Siapa sangka nama jenama yang berasaskan bahasa Jepun ini sebenarnya adalah milik orang tempatan. Pengasasnya ialah Wong Lee Keong and Lim Poh Khian. Mereka mencipta peralatan mesin urut ini sejak 1996 sebelum ianya dikenali umum.

6. Beryl’s

Satu lagi produk tempatan yang popular iaitu coklat Beryl’s. Namanya diambil semperna nama klasik bagi kanak-kanak perempuan yang bermaksud batu permata jenis bersih dan cerah. Bagi ahli geologi pulak, beryl bermaksud mineral yang terdiri daripada beryllium aluminium cyclosilicate.

7. Vochelle


Selain dari Beryl’s, ramai guna yang menyangkakan Vochelle juga jenama dari antarabangsa.
Vochelle diedarkan oleh Maestro Swiss,  sebuah syarikat yang pesat berkembang dalam pengilangan, penjualan dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman kat Malaysia. Ibu pejabat dan kilangnya bertapak di Pulau Pinang tapi Pejabat Jualan dan Pemasarannya terletak di Petaling Jaya, Selangor.
loading...