loading...
Atas faktor kesihatan seperti faktor usia yang semakin meningkat, jarak kehamilan yang rapat serta kelahiran anak secara pembedahan, memungkinkan wanita mengikut saranan doktor bagi mencegah kehamilan berlaku.Salah satu kaedah yang sering menjadi pilihan adalah melalui Suntikan Depo Provera.
Suntikan Depo Provera ini mengandungi hormon progesterone atau DMPA 150mg yang memberikan kesan pencegahan kehamilan buat jangka masa yang lama. Suntikan diberikan setiap 3 bulan pada punggung atau pada otot bahu.
Kebiasannya pada bahagian punggung kerana di bahagian bahu akan menyebabkan tangan menjadi kebas atau kesakitan pada otot bahu dan jika disuntik pada tempat yang salah pula, boleh menyebabkan kerosakan pada saraf.
Cara DMPA ini berfungsi dengan menghalang perkembangan telur di dalam ovari dan mengelakkan ovulasi. Ia juga membuatkan lediran pada permukaan serviks atau pangkal rahim menjadi pekat dan menghalang kemasukan sperma daripada masuk ke dalam rahim.
Namun demikian, adalah tidak digalakkan mengambil suntikan ini dalam tempoh yang panjang kerana ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan wanita.
Melalui perkongsian oleh Dr.Zubaidi Hj Ahmad di blog penulisannya beliau berkongsi pandangan kesihatan mengenai kesan akibat pengambilan suntikan pencegahan kehamilan ini.
ANTARANYA:
1.Suntikan Depo Provera menyebabkan kitaran haid tidak teratur, malah ada yang tidak mengalami haid selama lebih daripada 6 bulan.
2.Selain itu suntikan pencegahan kehamilan ini juga dikaitkan dengan sakit kepala yang teruk, tidak selesa dan sakit pada ari ari, penambahan berat badan, loya dan muntah, mudah rasa penat dan letih, keguguran rambut, pertumbuhan jerawat dan mudah rasa berdebar-debar (nervous).
3.Wanita yang mengalami kesan sampingan seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, masalah darah pekat dan juga masalah hati akibat suntikan pencegahan kehamilan ini harus menghentikan segera pengambilannya.
4.Selain itu, suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit.
Ini kerana doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan untuk memastikan fungsi hati dalam keadaan baik serta toksik dari perkumuhan hormon ini dapat dibuang dengan selamat.
5.Jika ingin hamil semula, suntikan ini perlu dihentikan dan masa untuk wanita menjadi subur kembali mengambil masa sehingga 10-12 bulan selepas suntikan terakhir. Malah ada kes sehingga 18 bulan!
6.Pihak American College of Obstetricians and Gynecologists menyarankan suntikan tidak boleh melebihi 2 tahun kerana ia akan menyebabkan tulang menjadi rapuh dan pelbagai kesan sampingan lain.
Paling penting ialah pencegahan kehamilan bukan atas sebab kesihatan adalah HARAM di dalam Islam. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1981 mengeluarkan fatwa bahawa kaedah pemandulan secara kekal, melemahkan atau merosakan fungsi pembiakan seseorang secara kekal adalah Haram.
Fikirkan kembali jika anda ingin meneruskan suntikan pencegahan kehamilan dalam jangka panjang kerana mampu memudaratkan kesihatan tubuh badan.