loading...
Walau tanpa kehadiran orang ketiga, rumah tangga tetap boleh porak peranda. Sikap isteri sendiri kadang kala menyebabkan pasangan atau suami memendam rasa atau jauh hati.
Jika dibiarkan lama tanpa ada usaha untuk mengubah diri sudah tentu ia berisiko untuk perhubungan suami isteri. Tak perlu menuduh atau menyalah pihak lain mungkin enam sikap isteri inilah yang merosakkan rumah tangga sendiri. Jadi sila elakkan sikap ini ya para isteri!
1. Sukar membuat keputusan
Isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal remeh temeh seperti anak-anak bergaduh, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami.
Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripda isteri yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat jika diperlukan.
Isteri sepatutnya menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira kecil atau pun besar sesuatu yang diimpikan suami kita itu.
2. Suka berleter dan bersungut
Apa sahaja yang dilakukan oleh suami tidak kena di matanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik sahaja tentang suaminya.
Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga merimaskan. Jika begini sikap anda lebih baik berubah sekarang. Wanita yang suka berleter tidak tentu pasal memang menjadi perosak dalam institusi rumahtangga yang dibina.
Sang suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di rumah kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.
3. Gilakan kuasa
Isteri jenis ini dipanggil diktator. Segalahal rumah tangga, keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia yang ada hak membuat keputusan.
Semua di bawah kawalan sang isteri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suami di luar rumah hingga sang suami jadi tidak ada masa untuk diri sendiri.
Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumah tangga kerana orang lelaki pun ada egonya. Jika isteri berterusan gila kuasa begini ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!
4. Suka menyibuk
Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Maksudnya, apabila suami anda mempunyai projek yang sedang dilaksanakan di pejabatnya, biarlah dia menyelesaikannya dengan cara sendiri.
Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun memberikan projek yang bernilai tinggi.
Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan sang isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat, barulah kita berikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan.
5. Tidak pandai berjimat
Wanita yang tidak pandai berjimat juga tidak disukai suami. Sementelah suami hanya berpendapatan sederhana, jadi memang patut dia berjimat cermat. Apatah lagi jika hanya suami seorang yang bekerja.
Jangan mudah terpengaruh dengan promosi, jualan murah atau terikut-ikut gaya kawan wanita anda. Berbelanja mengikut kemampuan. Mungkin sekali sekala jika suami mendapat bonus, bolehlah minta dia membelikan pakaian yang kita mahukan.
6. Tabiat suka bersosial
Jika isteri suka bersosial ia menyebabkan sang suami tidak terurus. Jika telah penat bersosial mana sempat untuk menyiapkan kelengkpan suami kita untuk ke tempat kerja.
Akhirnya imej suami juga yang terjejas di mata rakan-rakannya. Bila sudah bersosial tentu sedikit sebanyak kita akan membanding-bandingkan kemewahan suami rakan yang lain dengan suami kita.
Itu sebabnya isteri yang suka bersosial boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda. Isteri merasakan dia telah tersilap memilih pasangan sedangkan perkara seperti ini boleh dielakkan jika isteri tahu menjaga diri dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras.
loading...