loading...
‘Awak dengan bangla bau tidak jauh beza’ – Isteri derita dapat suami yang malas mandi
Umur suami lewat 30an. Kami berkahwin sudah 10 tahun dan mempunyai sepasang putera dan puteri hasil perkahwinan kami.
Saya stress sebab suami malas mandi. Diulangi, malas!
Kalau badan tidak berbau tidak mengapa, ini sebatu sudah boleh bau kot. Dia tidak bau badan sendiri sebab dia resdung tahap sudah hilang deria bau. Sudah tidak mandi, tapi ada hati suruh kita duduk dekat-dekat dan baring-baring sebelah dia. Untuk pengetahahuan, sudah lama kami tidak tidur bersama. Saya tidur dengan anak-anak. Dia tidur di rumah tamu.
Dia boleh selamba saja pergi ke pejabat dengan tidak mandi. Yes, setiap hari. Bangun pagi, terus cuci muka dan pakai baju yang pakai semalam dan terus ke pejabat. Eh lupa nak beritahu, kan tidak mandi, jadi balik kerja semalam, tidur dengan baju kerja. Jadi keesokkan harinya, pergi kerja masih pakai baju yang sama. Dia dengan bangla tidak jauh beza bau. Dia pakai uniform pergi kerja, jadi memang hari-hari pakai baju yang sama.
Mandi pun seminggu sekali, itu pun bila saya bisaing atau bila dia nak bersama. Itu pun lepas bersama, mandi wajib mungkin sehari dua lepas itu. Nampak macam kelakar, tetapi hakikatnya saya tertekan. Apalah yang susah sangat mahu mandi? Alasan sejuk memang tidak boleh dipakai.
Habis itu, sembahyang macam mana? Sudah tentulah dia tidak sembahyang. Bila bising, dia sembahyanglah sekali dua. Especially sebab mahu bersama. Mungkin ada yang akan cakap kalau macam itu kena hari-harilah bersama, barulah dia rajin mandi dan sembahyang. Habis saya ini, tidak penat kah nak layan dia saja. Sudahlah kita pun bekerja, uruskan rumah, anak-anak, belanja 100% saya tanggung. Tapi bab duit saya tidak mahu ungkit sebab saya faham gaji berapa. Saya redha, sebab kebanyakkan untuk anak-anak cuma janganlah buat saya stress dengan benda remeh-temeh macam ini.
Kalau dia malu seorang tidak apa. Ini tidak, dia memalukan saya sekali. Sebab mesti orang akan cakap yang saya tidak pandai jaga suami, padahal dia sudah besar, sudah tua bangka, takkan tidak boleh mahu fikir pasal kebersihan diri.
Mak saya pernah pesan, kalau tidur dengan suami, jangan berpaling muka walaupun mulut suami itu busuk. Tapi korang boleh bayangkan tidak? Seminggu tidak mandi itu macam mana la baunya. Seminggu tau.
Saya sudah penat, malas mahu cakap atau bising-bising lagi. Sabar lagi sebab anak-anak tengah membesar. Hari-hari saya berdoa semoga Allah SWT beri saya kekuatan. Suami memang bukan tahi judi, kaki pukul atau kaki perempuan. Tetapi logik tidak kalau saya tuntut cerai dengan alasan suami malas mandi? Macam mana institusi kekeluargaan mahu bahagia kalau kepalanya tidak sembahyang dan gagal membimbing? Kalau beri saya cadangan, macam mana mahu ubah perangai suami yang pemalas ini.
loading...