《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Kenderaan usang milik siapa ????

loading...
Kenderaan usang milik siapa?

KUALA PILAH – Tiga kenderaan usang dan buruk yang tersadai di belakang bangunan sebuah bank, di sini sejak lebih lima tahun lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Pekan, Ashroldin Abd Rashid berkata, kenderaan yang tidak diketahui pemiliknya itu dibiarkan begitu sahaja.

“Tiga kereta jenis Proton Saga, Honda Accord dan sebuah van ini telah sekian lama dibiarkan hingga mengundang tanda tanya, siapa pemiliknya.

“Jika dibiarkan berterusan, keadaan ini boleh menjejaskan imej kepada persekitaran selain menjadi tempat habitat binatang berbisa.

"Sekiranya ada air bertakung pula, turut boleh menjadi lokasi pembiakan aedes,” katanya.

Menurutnya, laluan di belakang bangunan bank berkenaan juga sunyi selain kerap berlaku kes ragut serta pecah kereta.

“Jalan ini merupakan laluan utama penduduk kampung ini dan sewajarnya keselamatan penduduk perlu diutamakan.

“Saya bimbang keadaan kereta usang itu dijadikan sarang persembunyian peragut sebelum meragut mangsa terutama pada waktu malam.

“Meskipun ada lampu jalan tetapi jalan ini agak terpencil dan sunyi. Bimbang perkara buruk berlaku, saya berharap perkara ini diberi perhatian pihak berkaitan,” katanya di sini.

Beliau berkata, masalah itu sudah dibangkit dalam mesyuarat JKKK dan tindakan seterusnya dibawa kepada pengetahuan pihak berwajib.

“Saya telah ajukan masalah ini kepada pihak berkaitan melalui sepucuk surat bertarikh 2 Januari lalu namun sehingga kini belum diambil sebarang tindakan.

“Selaku orang tengah antara penduduk dan agensi kerajaan, saya perlu bertindak agresif dalam mengutarakan segala masalah yang berlaku di kampung ini.


“Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan bersama,” katanya.
loading...