《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Tak nak bayar denda ic hilang, remaja kantoi buat laporan palsu disamun 8 lelaki

loading...
Remaja lelaki dikesan membuat laporan palsu kononnya disamun sekumpulan penjenayah di depan restoran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.



Bagaimanapun, tembelang remaja berusia 19 tahun terbongkar apabila dia mengakui laporan itu bertujuan mengelak didenda kerana kehilangan kad pengenalan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata suspek membuat laporan polis di balai, pada kira-kira 10 pagi semalam.
Katanya, remaja itu memberitahu dia disamun kira-kira lapan lelaki ketika berada di lokasi berkenaan.
“Ketika pegawai penyiasat merakam percakapan suspek, dia mendapati keterangan remaja itu meragukan.
“Apabila dibawa ke lokasi itu untuk menceritakan semula kejadian, barulah dia mengaku membuat laporan palsu kerana mahu mengelak membayar denda kehilangan kad pengenalan.
“Kes itu kemudian disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.
“Remaja itu boleh dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah,” katanya.
loading...