loading...
Melancong memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi sekiranya destinasi yang hendak dituju itu memang rare dan jarang dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang lain.
Tetapi di sebalik jumlah pelancong yang kurang dan populariti yang tidak se-gah seperti destinasi-destinasi yang lain, pastinya ada sebab yang kita sebagai orang luar tidak ketahui mengapa.
Berikut dibawah merupakan 11 destinasi pelancongan terkenal yang paling merbahaya:
1. Mount Washington, Amerika Syarikat
Puncak gunung Washington memegang rekod angin yang paling kuat di dunia dengan mencatat kelajuan hampir 327km/jam. Dikatakan, lokasi ini sesuai bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman seperti mendaki gunung Everest.
2. lha da Queimada Grande a.k.a Pulau Ular, Brazil
Terselindung di pantai sekitar Brazil, pulau ini antara pulau yang menjadi habitat pelbagai spesis ular yang paling berbisa di dunia.
3. Death Valley, Amerika Syarikat
Death Valley merupakan salah satu padang pasir yang terpanas di dunia dengan mencatat suhu setinggi 56.7 °C. Tanpa bekalan air, seseorang itu hanya mampu hidup selama 14 jam sahaja.
4. The Danakil Desert, Eritrea
Digelar sebagai ‘Neraka Dunia’ dengan mencatat suhu 50 °C, sesiapa yang tidak mempunyai pengalaman di lokasi ini tidak digalakkan untuk pergi bersendirian.
5. Sinabung Volcano, Indonesia
Gunung berapi Sinabung merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia. Letusan yang paling baru terjadi adalah pada tahun 2016 dan dijangkakan akan meletus sekali lagi pada tahun ini.
6. Madidi National Park, Bolivia
Lokasi ini kelihatan sangat tenang serta disajikan dengan pemandangan yang indah. Namun, kebanyakan orang tidak tahu destinasi ini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang paling beracun. Dikatakan, sesiapa yang tersentuh tumbuhan tersebut akan mengalami kegatalan, muntah, dan cirit-birit.
7. Valley of Death, Kamchatka, Russia
Digelarkan sebagai ‘Lembah Maut’, lokasi yang tandus ini dipenuhi dengan gas beracun yang menyebabkan tiada tumbuhan dan haiwan hidup di kawasan tersebut.
8. Bikini Atoll, Pulau Marshall
Sekali pandang, lokasi ini pasti dikunjung ramai pelancong kerana mempunyai pemandangan yang sangat cantik serta air laut yang sangat jernih dan bersih. Sebaliknya, Bikini Atoll merupakan tempat untuk ujikaji sentara nuklear. Oleh kerana dipenuhi dengan sisa bahan radioaktif hasil dari program ujikaji tersebut, kawasan ini terpaksa ditutup kepada orang ramai.
9. Elephant Kingdom in Chonburi, Thailand
Dikenali sebagai tempat habitat buaya, lokasi ini dibuka kepada pengunjung untuk merasai pengalaman dikelilingi oleh puluhan ekor buaya.
10. Afar Depression, Ethiopia
Berdekatan dengan gunung berapi yang paling aktif di dunia yang menyebabkan kekerapan berlaku gempa bumi, kawasan sekitar Afar bukan destinasi yang sesuai untuk dikunjungi.
11. Lake Natron, Tanzania
Tasik Natron merupakan salah satu tasik yang terkenal dengan keunikan landskap serta airnya yang berwarna kemerah-merahan. Namun, para pengunjung tidak sama sekali dibenarkan untuk berenang di sini kerana kerak garam yang terdapat pada permukaan tasik boleh membawa maut.
loading...