《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

5 CERITA-CERITA SPY KAT MALAYSIA YANG BUKAN LAGI RAHSIA

loading...


Baru-baru ni Malaysia telah menjadi tumpuan dunia apabila abang tiri pemimpin Korea Utara telah mati di Malaysia. Mangsa, Kim Jong Nam dipercayai mati kena bunuh oleh spy (perisik) dengan menggunakan pen jarum dan kain yang disaluti racun.
Tapi bukan Korea Utara je ada spy mereka sendiri, malah kita pun ada! Bekas Perdana Menteri kita, Tun Abdul Razak, merupakan seorang spy sewaktu Perang Dunia Kedua. Dia yang kononnya berkhidmat untuk tentera Jepun sebenarnya berpihak kepada British dan Tanah Melayu.
Boleh baca kisah penuh Tun Abdul Razak kat sini. Gambar dari My Musing
Memandangkan kes Kim Jong Nam sedang hangat di berita, kami tertanya-tanya adakah insiden spy ni selalu terjadi kat negara kita dan adakah kisah Tun Razak tu satu kes yang berasingan? Rupa-rupanya memang dah ada beberapa kes pengintipan yang ada kat Malaysia ni. So tanpa melengahkan masa, jom layan…

1. Agen KGB di Malaysia menghasut pegawai tinggi kerajaan jadi spy

Tahun 1981, Tun Mahathir baru naik jadi Perdana Menteri menggantikan Tun Hussein Onn. Tapi tiga hari sebelum ‘ditabalkan’, bekas setiausaha politiknya Siddiq Mohamad Ghouse telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan menjadi spy untuk Kesatuan Soviet.
Siddiq yang juga merupakan ketua sebuah cawangan pemuda UMNO dikatakan telah diberi tawaran oleh tiga ejen KGB (sebuah organisasi perisikan untuk kerajaan Kesatuan Soviet) untuk menjual maklumat negara.
Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang juga merupakan bekas agen KGB. Gambar dari itpropotal.com
Sebenarnya Siddiq dah disyaki oleh pihak berkuasa sejak tahun 1979 lagi, tapi time tu dia hanya kena pecat daripada jawatan setiausaha politik Tun Mahathir je. Dia tak ditangkap tapi berada di bawah pengawasan pihak berkuasa sampailah tahun 1981. Ada teori mengatakan bahawa Siddiq kena tangkap lambat sebab saje nak bagi kesan kat Tun Mahathir masa dia naik jadi Perdana Menteri.
Kalau tu betul kenapa Siddiq kena tangkap lambat, Putin pun kagum dengan cara Tun tu. Gambar dari memeful.com
Masa serbuan dibuat oleh pihak berkuasa, polis telah menemui alat-alat perisikan yang dipercayai dibekalkan oleh Kesatuan Soviet. Hasilnya, ketiga-tiga warga Kesatuan Soviet tu telah dihalau keluar negara manakala Siddiq masuk penjara. Satu keratan dari arkib negara telah mengatakan bahawa Siddiq tak sempat nak curi apa-apa rahsia kerajaan sebelum dia ditangkap.
Kesatuan Soviet time tu tak bawa keluar apa-apa kenyataan dan sebarang pertanyaan kepada kerajaan tirai besi tu jugak turut tak dilayan. Tun Mahathir pula telah maintain polisi luar negara dan mengekalkan hubungan dengan Kesatuan Soviet.

2. Singapura tolong Amerika Syarikat intip Malaysia

Guys, Edward Snowden ada benda nak bagitau.. Gambar dari venturebeat.com
Seorang bekas pekerja CIA (Jabatan Perisikan Amerika Syarikat), Edward Snowden, haritu telah kantoikan hampir kesemua rahsia perisikan Amerika tu apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana apa yang sedang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat dianggap sebagai tak beretika.
Tapi apa kaitan dengan negara kita pula? Rupa-rupanya dalam banyak-banyak fail yang kantoi tu, Singapura kantoi sedang bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat dan Australia untuk mengintip Malaysia.

Gambar dari memeful.com
Kisah ni pertama kali dilaporkan oleh media Australia apabila mereka bagitau yang syarikat telekomunikasi Singapura (SingTel) telah bekerjasama dengan SID (Jabatan Perisikan Singapura) dan juga kerajaan Amerika Syarikat. Dengan kepakaran dan bantuan SingTel, pihak SID telah menanam alat pengintip kat dalam kabel komunikasi.
Kabel komunikasi tu pula merupakan satu kabel panjang dalam laut yang digunakan oleh beberapa negara termasuk Malaysia untuk tujuan Internet. Pastu kat dalam Malaysia pula, kerajaan Amerika Syarikat telah didakwa menggunakan kedutaan mereka sebagai pusat pengendalian operasi mengintip. Ni serius dah macam dalam filem betul!
Rupa-rupanya Singapura dan juga Korea Selatan memang dah berganding bahu untuk mengintip kita dan Indonesia. Masa kantoi tu, Menteri Luar Negeri Dato’ Sri Anifah Aman telah memanggil Kementerian Singapura, Australia dan Amerika Syarikat untuk kasi penjelasan.
“Haaa apa alasan korang mengintai Malaysia ni?!” kata Datuk Seri Anifah. Gambar dari globalnation.inquirer.net
Malaysia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita mengambil berat terhadap isu ni dan menunjukkan sikap kecewa dengan Singapura. Indonesia pula telah menghentikan latihan ketenteraan dengan Australia dan pada masa yang sama  downgrade level diplomatik dengan mereka.

3. Lepas jadi mangsa spy, kita pula tolong intip orang lain

Korang ingat tak kemalangan MH370 yang terjadi pada tahun 2014? Time tu banyak negara datang menghulurkan bantuan termasuk jugalah Amerika Syarikat dimana mereka telah menghantar sebuah kapal terbang spy baru iaitu P-8 Poseidon untuk tolong sekali.
P-8 Poseidon tu, gambar dari military.com
Setahun kemudian Amerika telah berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk letak kapal terbang P-8 Poseidon kat Pantai Timur semenanjung Malaysia sekali, tujuannya untuk bagi dorang buat perisikan kat China. Sebagai balasan, kerajaan Amerika Syarikat akan tolong kalau ada kemalangan terjadi seperti MH370 atau QZ8501. Masa awal-awal diusulkan, kerajaan kita tak bersetuju dengan tindakan Amerika Syarikat tu tapi last-last kasi juga, mungkin sebab time tu kerajaan Malaysia tengah bergaduh pasal kawasan perairan dengan China, malah terdapat beberapa insiden dimana kapal China melanggar masuk ke perairan Malaysia.
Sila parking kapal terbang anda disini. Gambar dari giphy.com
Tapi kapal terbang tu singgah sekejap je,  sebab sekarang ni kerajaan Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk park P-8 Poseidon tu kat Singapura pulak atas tujuan yang sama, siap tambah lagi bilangan pesawat tu untuk operasi mencari dan menyelamat di kawasan Pasifik.
Setakat ni kerajaan kita takde komplen apa-apa, malah Menteri Pertahanan kita, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata bahawa ia merupakan satu isu yang kita tak perlu risau sebab Singapura dan Amerika kata mereka akan kongsi sebarang maklumat yang mereka dapat.

4. Agen British di Malaysia yang lawan Chin Peng

Pada tahun 1948, ada seorang businessman dengan nama Denis Emerson-Elliott tinggal kat Singapura dengan family dia. Tak lama lepas tu dia berpindah ke Cameron Highlands pulak.
Yang peliknya, time tu Parti Komunis Malaya (PKM) tengah berleluasa kat Cameron Highlands, siap ada kes di mana tiga orang Eropah mati terbunuh kat situ. Denis ni sengaja cari mati ke pe? Rupa-rupanya dia merupakan seorang ejen perisik British dan kerja dia sebagai businessman tu sebenarnya cover up je.
Denis Emerson Elliott, gambar dari Daily Telegraph.
Tanggungjawab Denis yang pertama adalah untuk memburukkan nama PKM sebab time tu, PKM telah mendapat sokongan ramai dan dijangka akan menang dalam pilihanraya sebelum merdeka. Jadi British tak nak negara bekas jajahannya menjadi sebuah negara komunis.
Yang kedua pula, Denis kena ‘hasut’ orang-orang PKM dan pastikan dorang maintain berperang kat dalam hutan je, sebab perang dalam hutan makan kos yang tinggi dan amat sukar. Yang paling best sekali ialah, musuh utama dia adalah Chin Peng. Tapi dalam masa yang sama, dia telah menyamar menjadi kawan kepada Chin Peng
Akhir sekali, operasi Denis ni boleh kata berjaya juga lah sebab PKM telah gagal untuk menang pilihanraya dan kebanyakkan operasi mereka memang dalam hutan je sampailah hari terakhir mereka. Malah masa operasi tu dijalankan, Denis telah diberi codename BB 007 oleh MI6 (organisasi perisikan British).
*cue in lagu tema James Bond* Gambar dari The Federalist
Macam kenal je nombor code tu!? Seorang sejarawan dari Australia kata ada kemungkinan tinggi bahawa watak terkenal Hollywood, James Bond, telah diinspirasikan oleh Denis Emerson-Elliot. Jadi kalau korang nak baca lebih lanjut pasal siapa Denis ni dan kaitannya dengan James Bond, boleh klik kat sini.

5. Restoran Korea Utara tempat spy berkumpul

Malaysia dan Korea Utara boleh kata kawan jugak lah, kita ada kedutaan kat sana dan dorang ada kedutaan kat sini. Tapi kehadiran mereka kat sini bukan saje untuk berkawan malah untuk mengintip.
Mengintip atau bahasa pasarnya, skodeng. Gambar dari giphy.com
Sebuah artikel dari The Star telah mengeluarkan laporan bahawa Korea Utara telah lama mengintip kita. Reconnaissance General Bereau (Biro Pengintip) yang dikenali sebagai RGB gemar melakukan operasi kat Malaysia dan juga Singapura. Kebanyakkan spy mereka menyamar sebagai jurutera atau penasihat teknikal kat sini.
Malah ada sebuah restoran Korea Utara kat Kuala Lumpur dilaporkan menjadi hub atau tempat spy berkumpul. Mengikut keratan beberapa akhbar luar negara pula, restoran yang dibuka di beberapa buah negara ni telah melatih pelayan mereka untuk memasang telinga terhadap pengunjung restoran, bukan je untuk mendapatkan rahsia kerajaan, malah untuk mencuri maklumat bisnes luar negara untuk kepentingan ekonomi Korea Utara.
“Harini tetamu kata esok harga minyak naik” kata pelayan restoran Korea Utara kepada kawanya tu. Gambar dari whatsonweibo.com
Restoran-restoran ni dipercayai kena bayar 10,000 USD hingga 30,000 USD setiap tahun kepada kerajaan Korea Utara sebab mereka dikendalikan oleh Biro 39. Biro tersebut terkenal dengan operasi penyeludupan/pembuatan dadah, buat duit tiruan, dan yang paling penting memikirkan cara-cara untuk isi wallet pemimpin Korea Utara.
Gambar dari CNN
So kalau kempunan sangat pun nak makan bimbimbap, pastikan korang simpan dulu semua rahsia sebelum melawat restoran Korea Utara ni kat KL.

Keselamatan negara bukan je bergantung kepada saiz tentera

Jadi apa yang berlaku kat Kim Jong Nam ni bukanlah satu insiden yang terasing, cuma kali ni agak teruk sikit sebab melibatkan nyawa orang penting. Apa yang kami sedar adalah keselamatan sesebuah negara bukan saje bergantung kepada saiz senjata dan tentera, tapi juga kembali kepada sistem pengurusan keselamatan dan kemahiran kita dalam menguruskan keadaan-keadaan tertentu.
Untuk mengatasi masalah tu, kerajaan telah menubuhkan beberapa cawangan keselamatan yang khusus untuk melawan balik perisikan negara-negara lain. Contoh dalam tentera, kita ada Kor Risik Diraja dan untuk polis pula Special Branch. Selain dari tu kerajaan Malaysia juga mempunyai “CIA” kita sendiri.
Jabatan Perdana Menteri, rupa-rupanya kat sini lah banyak operasi spy terjadi. Gambar dari harakahdaily.net
Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri merupakan jabatan risikan kita yang sangat low profile. Mereka mungkin tak famous macam CIA atau MI6 tapi boleh kata mereka ni menjalankan tugas dengan baik, disebabkan mereka kisah-kisah pengganas dan risikan negara luar kepada kita kantoi dan dalam setengah kes tu berjaya mengelakkan pertumpahan darah.
JENAYAH & UNDANG-UNDANG SEJARAH & POLITIK

5 HUBUNGAN ANTARA MALAYSIA DAN KOREA UTARA YANG BUAT KAMI TERKEJUT BERUK

February 21, 2017
(This article is translated from English on CILISOS, click here to read it!)
Sekarang ni semua orang tengah kecoh pasal berita abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong-nam yang mati dibunuh kat KLIA. Kim Jong-nam dikatakan telah diracun oleh dua wanita yang dipercayai ejen Korea Utara semasa dia sedang menunggu penerbangan ke Macau.
“Dia memberitahu penyambut tetamu di balai berlepas bahawa seseorang menariknya dari belakang dan menyimbah cecair pada wajahnya.”- Fadzil Ahmat, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor. Dipetik dari The Star.
Walaupun ada khabar angin yang mengatakan bahawa pembunuh upahan tersebut cuba bertindak membunuh diri selepas menamatkan tugas mereka, namun perkembangan terkini mengatakan kedua-dua pembunuh wanita tersebut (warga Vietnam dan Indonesia) telah berjaya ditangkap oleh PDRM.
Kim Jong Nam dan salah seorang pembunuh upahan yang dipercayai warga Vietnam.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa abang Kim Jong-un ada kat situ… Lagipun Korea Utara ni dikenali sebagai ‘Hermit Kingdom‘, bukan senang boleh keluar masuk.
Rupa-rupanya Kim Jong-nam memang daripada dulu tinggal sebagai rakyat buangan Korea Utara. Dia berpindah-randah antara Macau, China, Singapura dan Malaysia sejak awal 2012 lagi. Tapi hubungan antara Malaysia dan Korea Utara bukan berhenti setakat tu je, malah ada banyak lagi benda yang mengaitkan kita dengan kerajaan Pyongyang ni, termasuklah…

1. Terdapat pekerja buruh warga Korea Utara kat Sarawak

Keratan akhbar The Star, 23 November 2014.
Pada tahun 2014, satu letupan terjadi kat lombong arang batu di Pantu, Sarawak. Perkara ni secara tak langsung telah membongkar berita bahawa negara kita ada pekerja buruh dari Korea Utara seramai 46 orang.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, pekerja Korea Utara ni telah dibawa masuk ke Sarawak untuk bekerja melalui perjanjian khas antara Sarawak dan kerajaan Korea Utara kerana dorang berkemahiran tinggi dan sanggup bekerja dalam keadaan yang merbahaya. Lombong arang memang banyak kemungkinan untuk meletup, walaupun teknologi dah moden.
Beberapa pekerja yang cedera. imej dari The Star
“Untuk industri seperti perlombongan arang batu, pekerjaan itu adalah sangat berbahaya dan sukar… Tiada pekerja tempatan atau dari Sarawak yang berani membuat kerja itu, itulah sebabnya terdapat keperluan mengambil pekerja asing. Dalam  sektor perlombongan arang batu, hanya Britain, China dan Korea Utara yang mempunyai pekerja berkemahiran tinggi.” – Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Dipetik dari MStar.
Untuk pengetahuan korang, Malaysia bukanlah negara pertama yang mengambil buruh dari Korea Utara, malah dorang jugak pernah mengeksport pekerjanya ke negara-negara lain – yang pertama ialah Russia sejak Perang Dingin lagi. Namun terdapat beberapa sumber termasuk Wall Street Journal yang menyatakan bahawa kehidupan buruh ni tak ubah seperti seorang hamba di mana sebahagian besar daripada pendapatan gaji dorang akan diserahkan kat pegawai Korea Utara.
Menurut Wall Street Journal lagi, terdapat 300 rakyat Korea Utara yang bekerja kat Malaysia tapi tak semuanya bekerja kat lombong sebab…

2. Terdapat sebuah Restoran Korea Utara kat KL

Imej dari Choiyen.com
Kat tengah-tengah KL terdapat sebuah restoran yang betul-betul pakar dan berpengalaman dalam penyediaan masakan Korea Utara iaitu Restoran Pyongyang Koryo yang terletak kat Jalan Imbi. Bukan je setakat makanan, malah restoran tersebut jugak turut mempersembahkan tetamu dengan tarian muzik tradisional Korea Utara. Malah pelayan restoran tersebut turut memakai pakaian tradisional dorang. Korang boleh baca sendiri review orang ramai kat sini.
“Makanannya sedap dan memuaskan, tetapi apa yang lebih menarik perhatian kami ialah… terdapat TV yang sentiasa menayangkan keindahan Korea Utara. Malah setiap 10 minit pelayan restoran akan naik ke pentas dan menyanyikan lagu. Kami jugak tak dibenarkan mengambil gambar dan pergi ke mana-mana bahagian lain bangunan tersebut kecuali tandas.” – Chak, editor CILISOS.
Untuk pengetahuan korang, Pyongyang Koryo merupakan satu rangkaian restoran terbesar yang mempunyai lebih 100 buah restoran kat seluruh dunia.
Menurut kenyataan daripada mereka yang telah berpaling tadah, rangkaian restoran tersebut telah dikawal oleh Bureau 39, sebuah bahagian dalam Kerajaan Korea Utara. Semua restoran dikenakan bayaran tahunan kepada Korea Utara dan semua pekerja akan disaring kesetiaannya dalam politik sebelum dihantar ke luar negara. Menurut laporan lain pulak, pelayan restoran ni semua telah dilatih dalam pengumpulan maklumat risikan untuk mencungkil rahsia daripada pelanggan korporat dan kerajaan. Malah restoran ini jugak telah digunakan sebagai pangkalan operasi bagi perisik Korea Utara.
“Ejen Korea Utara yang ditugaskan kat luar negara sering menggunakan restoran Korea Utara untuk menjalinkan hubungan sesama mereka dan untuk menghubungi orang dalam operasi rahsia mereka.” – Dipetik dari The Washington Free Beacon.
Terdapat juga satu kejadian kat China dimana pekerjanya seramai 12 orang telah berpaling tadah dan pihak Korea Utara mendakwa bahawa pekerja dorang telah diculik dan dipindahkan ke… Malaysia.

3. Terdapat pelajar Korea Utara yang belajar kat universiti Malaysia

Pada tahun 2013, kita pernah kecoh dengan berita penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Ekonomi kat pemimpin negara Korea Utara iaitu Kim Jong-Un oleh HELP University. Menurut Presiden HELP University, anugerah tersebut adalah untuk membina ‘jambatan’ bagi menghubungkan kedua-dua negara dan ianya merupakan satu jalan untuk menarik pelajar Korea Utara melanjutkan pelajarannya kat sini.
Tapi, penganugerahan kepada Kim Jong-Un tu hanya diwakili oleh duta Korea Utara ke Malaysia.
Dulu CILISOS pernah tulis artikel mengenai persamaan yang membimbangkan antara Malaysia dan Korea Utara. Beberapa minggu lepas artikel tu diterbitkan, kitorang dapat emel daripada pelajar Korea Selatan yang belajar kat HELP, dia bagitau ada dua orang adik-beradik yang berasal dari Korea Utara tetapi belajar kat Malaysia di mana ayah dorang merupakan seorang duta Korea Utara ke Malaysia.
Mungkin ada antara korang yang pernah dengar macam mana bila Kim Jong-Un jadi presiden, dia banyak menghukum dan membunuh pegawai-pegawai kerajaan yang dianggap sebagai ancaman. Ada sorang pegawai telah diberi makan kepada 100 ekor anjing yang lapar. Pegawai tersebut ialah lelaki kedua yang paling berkuasa kat Pyongyang dan ia adalah bapa saudara Jang Yong-Chol.
Bapa saudara Jang Yang-Chol ketika di mahkamah sebelum hukuman dijalankan. Imej dari The Star.
Dalam emel tersebut, pelajar tu telah beritahu bahawa Yong-Chol dan keluarganya telah dipanggil balik ke Pyongyang (termasuk teman wanitanya sekali):
“Tae-Ryong merupakan rakan sekelas saya yang merupakan adik kepada teman wanita Yong-Chol iaitu Tae Woong. Tae Woong merupakan orang yang sangat mesra dan baik hati.
Saya tak tahu tentang latar belakang keluarganya, tetapi yang pasti dia telah menghilangkan dirinya dari HELP dan kawan-kawan yang lain pun turut tak dapat nak kesan dan menghubunginya walau dengan pelbagai bentuk komunikasi apa sekali pun (malah akaun Instagram nya jugak turut dipadam). Walaupun kebanyakan orang Korea Utara tak suka atau tak boleh nak bergaul dengan rakyat Korea Selatan tapi dia sangat baik terhadap saya.
Dan waktu Kim Jong-Un mengarahkan mereka untuk balik ke negaranya, saya terus tak nampak dia, abangnya mahupun teman wanita abangnya di universiti.” – Pelajar HELP ketika email kepada CILISOS.
Korea Utara telah mengamalkan sistem hukuman kolektif di mana sesiapa yang melakukan kesalahan akan dihukum sehingga 3 generasi keluarga nya (diri sendiri, anak dan cucu turut dihukum).
Walaupun kitorang tak dapat nak sahkan cerita pelajar tersebut tapi terdapat satu laporan dalam berita Korea Selatan (klik sini untuk laporan dalam bahasa Inggeris) mengenai “Duta Korea di Malaysia, Jang Yong-cheol dan anaknya telah dipanggil pulang ke Pyongyang pada awal Disember “. Tapi takde berita yang menyatakan apa yang berlaku kat teman wanita Tae-Woong.

4. Terdapat kedutaan Korea Utara kat Malaysia

Point ni macam ada kaitan dengan point duta Korea Utara ke Malaysia. Sebab untuk ada duta mestilah ada kedutaan. Memandangkan rakyat Malaysia dibenarkan untuk pergi ke Korea Utara tanpa visa so boleh kata hubungan kita dengan mereka agak rapat jugalah.
Tapi apa yang kelakar pasal kedutaan ni adalah ia terletak di Jalan Batai, Damansara Heights… berdekatan dengan lokasi asal HELP University. Bangunan tu terletak di kawasan banglo yang terasing sikit tapi sekarang ni takdelah asing mana sebab dipenuhi dengan wartawan yang tengah kejar story pasal pembunuhan Kim Jong-Nam.
Imej dari Free Malaysia Today.
Kami tak boleh nak sahkan situasi yang ada kat Malaysia ni, tapi kami dengar banyak cerita pelik tentang kedutaan mereka di negara lain. Salah satunya kat London di mana seperti Malaysia, mereka juga terletak di kawasan yang berasingan dengan kedutaan lain.
Khabar angin yang kami terima adalah duta Korea Utara ni biasanya dibayar dengan sikit dan tak dapat bajet yang sepatutnya. Malah ada yang ternampak pekerja kedutaan membeli barang ofis second-hand dan selalu bayar bil elektrik last minit. Rupa-rupanya kedutaan dijangka untuk menampung diri sendiri tanpa bantuan dari Korea Utara.
“Masa tersempak dengan mereka kat kedai runcit, mereka kelihatan seperti hendak membeli sesuatu tapi tak cukup bajet. Saya cuba nak hulurkan duit bantuan tapi mereka tolak. Kalau kat Korea Utara dulu, mereka kelihatan sungguh hebat tapi kat sini nak makan pun susah” – Kim Joo-Il, pelarian Korea Utara, dipetik oleh The Telegraph.
Kes tampung diri ni memang tak asing, malah boleh kata semua kedutaan mereka kena cari duit sendiri. Ada setengah kes tu mereka menggunakan kekebalan diplomatik untuk bawa masuk barang terlarang supaya dapat jual untuk duit poket sendiri. Tapi secara rasminya kedutaan Korea Utara menafikan semua tuduhan.
Mungkin ada antara korang tertanya-tanya kenapa kedutaan mereka terletak di kawasan banglo yang jauh dari kedutaan lain… Jawapan dia senang je, nak save duit.

5. Teksi proton di Korea Utara

Teksi Proton Wira di Pyongyang. Imej dari Wikimedia Commons.
Jangan ingat kereta Proton kat Malaysia je ada, kat Korea Utara pun ada tau. Dan bukan kereta Wira je, Waja pun ada. Korang boleh tekan kat video ni (tunggu saat ke 0:25).
Pasal hal ni kami tak jumpa banyak sangat info, satu-satunya sumber yang kami jumpa adalah pada tahun 2002 apabila salah seorang menteri dari Korea Utara buat satu lawatan kat kilang Proton di Shah Alam sambil ditemani oleh 30 orang penjawat awam Korea Utara. Menteri Korea Utara tu kelihatan seperti membincangkan kemungkinan untuk bergabung dengan Proton dalam buat satu kilang di Korea Utara.
Kim Jong Il (pemimpin Korea Utara time tu) juga kelihatan sangat berminat dalam pembikinan kereta malah dia telah melawat satu kilang kereta kat Shanghai. Tapi last-last, Korea Utara sembang lebih je. Tak buat pun.
“Membina kereta di Korea Utara – dah lama mereka impikan… Tapi awak bina kereta dimana orang beli kereta. Korea Utara pula mana boleh beli kereta” – Bradly Martin, dipetik oleh Bloomberg.
Blogger Malaysia, Aero, ada post satu artikel menarik di mana dia telah tunjuk kat mana adanya kereta Proton di serata dunia. Nak lagi pelik, Aero dapat tau yang Proton takde buat apa-apa perjanjian pun pasal jual kereta kat Korea Utara.
Hmmm…. habis tu macam mana boleh ada pulak?

Jadi kenapa Malaysia dengan Korea Utara ada hubungan diplomatik?

Malaysia dan Korea Utara mula menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1973, malah hubungan ini telah membawa kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan China sebab bila Kim Il-sung temukan kita semua pada tahun 1974.
Selepas beberapa tahun, hubungan diplomatik ni telah membawa kepada perdagangan kecil yang berjumlah kira-kira RM23 juta. Selain itu,kita pun turut mendapat manfaat daripada teknologi padi Korea Utara yang membawa kepada pembangunan padi MR219.
Hubungan diplomatik ni ada jugak keburukannya. Sebagai contoh, korang ingat lagi tak Sony Pictures pernah kena hack pada tahun 2014 oleh hackers Korea Utara? Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat mendapati bahawa hackers Korea Utara telah membuat sambungan Internet ni melalui… Malaysia.
Korea Utara jugak mempunyai program penculikan sangat pelik yang dimulakan oleh Kim-Il-sun dan diperluaskan oleh Kim Jong-il, di mana mereka menculik rakyat negara luar untuk beranak-pinak kat Korea Utara. Malah pasport orang yang kena culik ni akan digunakan oleh spy. Antara negara-negara yang disenaraikan ialah Jepun, Thailand, Perancis, dan… Malaysia.
Dengan kes pembunuhan Kim Jong-Nam yang berlaku kat Malaysia ni, terdapat beberapa sumber yang mendakwa bahawa segelintir pegawai-pegawai Korea Utara ni telah meluangkan masa yang lama untuk meyakinkan pihak berkuasa Malaysia supaya tak melaksanakan autopsi pada tubuhnya. Jadi berbaloi ke kita kekalkan lagi hubungan kita dengan Korea Utara ni, apa yang kita dapat sebenarnya?
loading...