《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Empat Peranti Misteri Sony Xperia 2017 Muncul Sebelum Diumumkan

loading...
Empat Sony Xperia 2017 baru yang bakal diperkenalkan oleh Sony, itu jumlah peranti terbaru milik Sony Mobile untuk awal 2017 ini. Seperti biasa, maklumat serta gambar telah pun tersebar memberikan gambaran awal kepada pengguna mengenai peranti yang akan diumumkan kelak.



Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan oleh Evleaks, Sony masih mengekalkan rekaan dengan bezel besar dibahagian atas dan bawah peranti mereka disaat pengeluar lain berlumba-lumba mengurangkan saiz bezel peranti mereka.
Sebuah peranti flagship mungkin akan diperkenalkan dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini, Qualcomm Snapdragon 835. Ia dikatakan akan turut menggunakan sensor kamera Sony terbaru dengan kemampuan untuk merakam video slow-motion pada kelajuan 960fps.
Dua buah peranti lain berada di dalam kelas pertengahan dilengkapi dengan cip pemprosesan Mediatek P20, 4GB ram dan memori terbina sebesar 64GB.Tak banyak maklumat yang dikongsikan buat masa ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman Sony dalam masa terdekat.
loading...