《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

7 Pekerjaan Yang Paling Pelik Di Dunia

loading...
Kehidupan di zaman sekarang amat sukar berbanding zaman dahulu, terutamanya dalam hal untuk mencari rezeki. Ditambah pula dengan kekurangan peluang pekerjaan disebabkan kegawatan ekonomi, ramai orang yang kini hidup dalam kesesakan kerana hilang punca pendapatan.
Namun, terdapat beberapa buah negara atasi masalah pengangguran ini dengan menyediakan beberapa peluang pekerjaan yang pelik. Walaupun nampak kelakar, tapi 15 pekerjaan ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi:

1. Tukang alih bongkah ais

Sejak insiden kemalangan kapal Titanic berlaku, pekerjaan ini telah diwujudkan supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi dengan mengalihkan bongkah-bongkah ais ke kawasan yang lebih selamat.
Menurut laporan, pendapatan pekerjaan ini mampu cecah hampir RM100,000 setahun.

2. Pemungut basikal

Basikal merupakan pengangkutan yang paling utama di Amsterdam, Denmark. Menurut laporan, hampir 15,000 kes basikal yang terjatuh ke dalam sungai setiap tahun.
Oleh kerana itu, pihak berkuasa Amsterdam telah mewujudkan pekerjaan ini untuk memungut basikal-basikal yang terjatuh di dalam sungai.

3. Penolak penumpang

Di bandar yang padat dengan penduduk seperti Tokyo dan Shanghai, pekerjaan ini sangat diperlukan bagi menolak penumpang-penumpang masuk ke dalam keretapi sebanyak yang mungkin terutamanya pada waktu puncak.

4. Tukang bau professional

Kerjaya ini banyak membantu untuk menghasilkan produk wangian seperti deodoran, pewangi badan dan banyak lagi. Menurut laporan, pendapatan pekerjaan ini boleh cecah sehingga RM250,000 setahun.

5. Pembelai professional

Pekerjaan mudah didapati di negara Jepun. Antara tugas seorang pembelai adalah berborak, berkongsi masalah, dan tidur bersama pelanggan.

6. Penjaga kereta

Di Costa Rica, tempat meletakkan kenderaan adalah sangat terhad. Oleh kerana itu, penjaga kereta atau lebih dikenali cuidacarros ditugaskan untuk menjaga kereta pelanggan untuk sementara waktu.

7. Pembersih telinga

Pekerjaan pembersih telinga merupakan pekerjaan tradisional di India sejak turun temurun. Malah, pekerjaaan ini telah dianggap sebagai salah satu pekerjaan yang professional. Tugas mereka adalah membersihkan telinga para pelanggan dengan menggunakan peralatan yang lengkap.
loading...