《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Menangis dijel 156 tahun

loading...


Melaka: Pembantu tadbir di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka Ahmad Zakri Raman, 31, dijatuhi hukuman penjara 156 tahun selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan mengubah status bukan warganegara 22 bangsa Sulu dari Filipina kepada warganegara serta menggodam sistem maklumat rekod penduduk negara milik jabatan berkenaan.
“Pengakuan salah tertuduh menjimatkan masa dan kos mahkamah, tapi saya setuju dengan Timbalan Pendakwa Raya bahawa isu membabitkan kewarganegaraan ini serius,” kata Hakim Ahmad Sazali Omar sebelum menjatuhi hukuman terbabit terhadap Ahmad Zakri.
Ahmad Zakri hanya mampu menangis sebaik hukuman dijatuhi sebelum dikerumuni ahli keluarganya.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Zakri didakwa melakukan 17 kesalahan menerima suapan RM4,000 secara tunai daripada 22 bangsa Sulu melalui beberapa orang tengah dalam 17 transaksi yang membabitkan nilai RM88,000 sejak 11 April 2015 hingga 27 Mac 2016.
Semua kesalahan itu dilakukannya di kawasan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Hang Tuah di sini.
Bagi 17 pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam menerima suapan kecuali bayaran di sisi undang-undang itu perbuatan rasmi.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara bagi 15 lagi pertuduhan, tertuduh didakwa membuat capaian tanpa kuasa hingga menyebabkan pengubahan terhadap status 22 lelaki Sulu daripada bukan kepada warga negara Malaysia dengan menggunakan identiti pengguna milik orang lain.
Kesalahan itu dilakukannya daripada 18 Mac 2014 hingga 7 April 2016 di Pejabat Bahagian Kewarganegaraan, Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Melaka di Kompleks Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan 15 kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara hingga tujuh tahun.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Ahmad Sazali memerintahkan tertuduh dipenjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan (17) mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan dan hukuman itu berjalan serentak.
“Bagi kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak, namun hukuman ini akan berjalan berturutan selepas hukuman mengikut Seksyen 161 Kanun Keseksaan dan hukumannya bermula dari tarikh ditangkap iaitu 19 September lalu,” katanya.
loading...