loading...
Baru sahaja masak pagi tadi tetapi malamnya sudah basi. Sedangkan, apabila membeli nasi bungkus boleh pula tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
Apa rahsia peniaga makanan ini agaknya? Mungkin 7 petua masak nasi ini antara yang mereka gunakan untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. Basuh beras hingga bersih
Sesetengah orang kata, jangan basuh beras banyak kali kerana nutrisi akan hilang. Walau bagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. Pastikan periuk dicuci bersih
Salah sebab nasi cepat basi kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan.
Jadi periksa dengan teliti bahagian dalam periuk, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi yang dimasak.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. Perah limau nipis
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. Hikangkan wap nasi seleaps dimasak
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembap. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. Masukkan secubit garam
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. Panaskan periuk nasi atas dapur
Kadang-kadang kita terlupa membersihkan periuk nasi dalam tempoh yang lama. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Suhu panas ini dapat mematikan bakteria yang masih tinggal sekali gus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Malah petua turun temurun ini dikatakan boleh mengelakkan nasi daripada basi hingga dua hari.
7. Masak air dalam periuk nasi
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tip ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tip lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana
loading...