《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Jepun Sediakan Banyak Bilik Solat Tetapi Pemandu Pelancong Malaysia Ini Masih Kecewa

loading...
MARI JAGA SOLAT DAN KEBERSIHAN TEMPAT SOLAT
Assalamu’alaikum,
Sebagai seorang pemandu pelancong, saya kerap ke Gotemba Premium Outlet membawa tetamu yang mahu membeli-belah di sana.
Memandangkan pihak Premium Outlet ada menyediakannya bilik/ruangan solat, jadi hari ini seperti biasa, saya singgah dan ambil peluang untuk solat sementara menunggu tetamu siap membeli-belah.
Untuk pengetahuan semua, semakin banyak Shoping Mall dan Outlet di Jepun mula menyediakan bilik/ruangan solat untuk kemudahan pengunjung Islam.
Tapi bila tiba di ruangan/bilik tersebut, saya merasa amat KECEWA bila melihat keadaan di situ pada hari ini.
Sejadah dan tudung yang disediakan di situ dibiarkan merata-rata tanpa dikemaskan.
Tempat ambil wuduk basah kuyup sehingga ke ruang solat, basahnya seperti ada yang mandi di situ.
Waktu saya masuk untuk solat, kelihatan seorang pekerja Gotemba Premium Outlet sedang cuba mengeringkan karpet yang basah dengan menggunakan tuala-tuala yang beliau bawa.
Kalau tengok wajahnya, nampak jelas beliau tidak berpuas hati dengan keadaan bilik tersebut hari ini.
Sementara menunggu beliau mengelap karpet, saya melipat dan mengemaskan sejadah dan tudung yang berteraburan.
Sempat saya bertanya kepada pekerja tersebut berkenaan bilik solat dan pengunjung yang menggunakannya.
Katanya kebelakangan ini nampak pertambahan bilangan pengguna ruangan solat.
Katanya ini bukan masalah, ini adalah perkembangan yang bagus kerana kemudahan tempat solat ada pengguna, jadi keputusan pihak Premium Outlet menyediakan ruangan solat ini adalah kena pada tempatnya.

Cuma beberapa masalah timbul kebelakangan ini

1) Ramai yang ambil wuduk dengan air yang banyak sehingga basah karpet ruang solat.
Sepatutnya kita sebagai orang Islam faham bahawa kita ambil wuduk bukan sampai MEMBAZIR.
Wuduk sepatutnya sekadar meratakan air ke anggota wuduk. Tapi cara ambil wuduknya dah macam MANDI.
SILA MANDI BILA SUDAH BALIK KE HOTEL ATAU RUMAH.
2) Walaupun ruang ambil wuduk disediakan, masih ramai yang ke tandas dan ambil wuduk di sinki.
Ini juga bukan masalah selagi tidak sampai mengangkat kaki naik ke sinki.
Bagi yang bukan Islam, ini adalah amat kurang sopan kerana ramai orang menggunakan sinki itu untuk membersihkan muka dan sebagainya.
Selepas mengambil wuduk, ramai juga yang tidak mengelap sama sekali menyebabkan kawasan sinki dan tandas seperti dilanda banjir musim tengkujuh.
Sebagaimana yang kita tahu, tandas di Jepun kebanyakannya adalah tandas jenis kering.
Ramai orang Jepun yang tidak selesa bila masuk ke tandas dan mendapati tandas dan sinki basah kuyup.
TOLONG BERTANGGUNG JAWAB, LAP SAMPAI KERING KALAU SUDAH BASAHKAN SINKI DAN LANTAI TANDAS.
3) Sejadah dan tudung yang disediakan digunakan tanpa ada rasa bersyukur.
Tidak dikemaskan selepas guna, dibiarkan begitu saja dan ada yang hanya menggumpal dan mencampakkan saja ke dalam kotak sejadah yang disediakan.
Sampaikan pekerja Jepun yang terpaksa tolong lipatkan sejadah dan tudung tersebut kerana terlalu nampak bersepah.
BELAJARLAH BERSYUKUR DENGAN APA YANG DISEDIAKAN DAN HARGAILAH KEMUDAHAN YANG TERSEDIA.
4) Ada juga yang bawa sejadah dan tudung, selepas digunakan waktu solat, lalu ditinggalkan begitu saja.
Kononnya ingin mewakafkan sejadah/tudung tersebut untuk kegunaan orang lain selepas itu.
Niatnya bagus tapi kalau benar ingin mewakafkan sejadah/tudung, tolonglah wakafkan yang baru dan bersih serta janganlah ditinggalkan begitu saja.
Serahkan kepada pihak pengurusan supaya mereka tahu itu bukan sampah atau bukan sesuatu yang tertinggal dengan tidak sengaja.
Tunjukkan imej yang bagus sebagai MUSLIM yang sebenar. Jangan sampai satu demi satu kemudahan yang disediakan ditarik balik. Yang ruginya nanti kita sendiri.
loading...