loading...
56 tahun, MakCik ni baik orangnya, peramah. Anak-anaknya semua prihatin, sentiasa mengingatkan MakCik JANGAN ambil supplemen. Mereka juga staf bidang perubatan.
Tapi MakCik tewas dengan godaan jurujual (dulu nya “rakan-rakan”, sekarang mungkin tidak lagi). Beliau ada Kencing Manis, Darah Tinggi yg tidak berapa teruk selama setahun. Pertengahan tahun lepas, bacaan fungsi buah pinggang iaitu creatinine Makcik hanya 71 umol/L (normal), lepas tu bulan Disember naik 420. Masuk wad sesak nafas (air berlebihan dalam badan), kemudian naik 980 pertengahan bulan Januari 2017.
Dia dah tak tahan, terpaksa menjalani Dialisis. Untuk tujuan itu, beliau perlu “ditebuk” untuk diletakkan tiub Dialisis seperti gambar dibawah (gambar hiasan sahaja). Risiko prosedur ini tinggi, apatah lagi risiko menjalani Dialisis.
Beliau pada masa itu tidak mengaku ambil supplemen tetapi bila jumpa kembali di klinik setelah seminggu discaj, beliau mengaku mengambil supplemen ******* bermula sejak 3 bulan yang lepas.
Sekarang MakCik menyesal, berjanji tidak mengambil apa-apa lagi selain dari ubat hospital. Alhamdulillah fungsi buah pinggang beliau hampir kembali normal 110 umol/L. Tiub leher pun dah dibuang, tidak perlu Dialisis lagi
Kenapa agaknya jurujual produk ni menggangu pesakit kronik, menjanjikan bulan dan bintang. Dia kaut untung, pesakit terseksa.
Saya akan meneruskan memberi kesedaran kepada masyarakat. Makcik ni bernasib baik; ramai lagi yg fungsi buah pinggang tidak kembali normal dan memerlukan Dialisis seumur hidup.
Beri lah kepercayaan penuh utk kami terus menolong anda. Jangan ambil risiko sebegini
loading...